WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lebih 38,000 Ekor Lembu Dibekalkan Untuk Ibadah Korban - KPKM

03/06/2025 11:35 AM

PUTRAJAYA, 3 Jun (Bernama) -- Sebanyak 38,804 ekor lembu dan kerbau dibekalkan di seluruh negara untuk ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah keseluruhan bekalan untuk kambing dan bebiri pula sebanyak 30,167 ekor.

“KPKM menjangkakan bekalan ternakan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh Malaysia tahun ini adalah mencukupi dan dapat memenuhi permintaan,” menurut kenyataan itu.

KPKM memaklumkan anggaran permintaan bagi lembu dan kerbau untuk ibadah korban adalah 34,451 ekor manakala kambing dan bebiri sebanyak 22,453 ekor.

Menurut kenyataan itu jumlah anggaran berkenaan setelah mengambil kira keperluan masjid, surau dan rumah sembelih.

“Mengikut statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), stok bekalan lembu dan kerbau tempatan sehingga Mac 2025 adalah sebanyak 35,581 ekor manakala lembu dan kerbau yang diimport 3,223 ekor.

“Bagi kambing dan bebiri, terdapat 26,845 ekor stok bekalan tempatan dan 3,322 ekor lagi diimport,” menurut kenyataan itu.

KPKM memaklumkan DVS turut mengeluarkan lesen kepada 40 rumah sembelih swasta di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mengendalikan sembelihan korban selain 27 rumah sembelih milik DVS.

“Bagi penyembelihan korban di luar rumah sembelih seperti di masjid, sekolah, taman perumahan, tempat awam dan lain-lain tempat, permohonan permit penyembelihan luar yang disertakan dengan dokumen berkaitan diperlukan bagi mendapatkan kebenaran.

“Orang ramai juga digalakkan untuk merujuk kepada Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban yang dikeluarkan DVS sebagai panduan asas dalam melaksanakan aktiviti penyembelihan ternakan korban,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan