WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dua Bekas Pegawai Badan Berkanun Direman Disyaki Guna Dokumen Butiran Palsu

21/05/2025 09:32 PM

SEREMBAN, 21 Mei (Bernama) -- Dua bekas pegawai badan berkanun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bersubahat menggunakan dokumen butir matan palsu melibatkan tuntutan pembayaran dividen kira-kira RM180,000 antara 2021 hingga 2023.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Azuain Mohd Talhah selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang wanita berusia 30-an dan lelaki berumur 40-an itu ditahan secara berasingan antara 11 pagi dan 3 petang semalam di Perak dan Terengganu, sebelum dibawa ke Pejabat SPRM Negeri Sembilan.  

“Mereka dipercayai menerima pembayaran dividen tersebut melalui akaun bank milik pasangan masing-masing yang merupakan penama tidak layak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan