WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Ahli Parlimen Pulai Stabil, Amanah Johor Harap Tiada Pihak Sebar Maklumat Tidak Tepat

30/04/2025 04:47 PM

JOHOR BAHRU, 30 April (Bernama) -- Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berharap agar tiada pihak menyebarkan maklumat tidak tepat atau mencetuskan persepsi negatif berkaitan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat.

Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata maklumat terkini yang diterima pihaknya menunjukkan keadaan Suhaizan, yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor adalah stabil, dan parti akan  memaklumkan sebarang perkembangan lanjut dari semasa ke semasa

Menurutnya, sebelum ini terdapat maklumat yang tidak tepat daripada sumber tertentu sehingga menimbulkan panik serta pelbagai tanggapan dan teori yang mengelirukan.

“Amanah Johor berharap penyebaran persepsi seperti ini dapat dihentikan. Kami juga menyeru agar tiada pihak mendahului maklumat rasmi dengan menyebarkan kenyataan yang tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Suhaizan dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta semalam akibat paras oksigen rendah dalam badan serta demam panas.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan