WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Staf Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar Meninggal Dunia Ketika Mendaki

30/04/2025 04:22 PM

IPOH, 30 April (Bernama) -- Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Larut dekat Taiping hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.40 pagi berhubung insiden yang menimpa Ahmad Saharim Saudi, 50, yang merupakan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Kangsar.

"Mangsa antara 123 peserta pendakian dari PKD Larut, Matang dan Selama serta PKD Kuala Kangsar mengalami sesak nafas semasa berada kira-kira tiga kilometer dari kaki bukit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang diberikan rawatan oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut sama menyertai aktiviti pendakian itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Sabarodzi berkata pihaknya membawa turun mangsa dengan dibantu petugas KKM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dengan operasi tamat sepenuhnya pada 1.30 tengah hari. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan