WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM UCAP TAKZIAH, SIFATKAN PEMERGIAN MUTANG TAGAL KEHILANGAN BESAR

10/05/2024 05:36 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal pagi ini sebagai satu kehilangan besar buat rakyat Sarawak dan negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan mendoakan mereka tabah berdepan dugaan itu.

"Mendiang adalah orang Dayak pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan ia pastinya satu kehilangan besar buat rakyat Sarawak dan negara.

"Segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat selama-selamanya," kata beliau.

Terdahulu, Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara mengesahkan Mutang, 69, meninggal dunia pada 11.46 pagi di Institut Jantung Negara selepas menerima rawatan di situ setibanya dari Azerbaijan pada 6 Mei lepas.

Mendiang meninggalkan isteri, Datin Ho May Leng dan tiga anak.  

Pada 19 Feb lepas, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Mutang, yang berasal dari Lawas, Sarawak melakar sejarah sebagai pemimpin etnik Lun Lawang pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan