WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PELAYAR WARGA SWEDEN DITEMUKAN MAUT

10/05/2024 02:32 PM

LABUAN, 10 Mei (Bernama) -- Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau, malam tadi. 

Ketua polis Labuan Supt. Mohd Hamizi Halim berkata mayat Swesvahn Dick Thomas, 55, ditemukan oleh orang awam yang melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa pada 7.16 malam.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas.  

"Maklumat terperinci mengenai kejadian itu masih belum diketahui memandangkan siasatan masih berjalan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Hamizi berkata mayat tersebut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Labuan dan beliau menggesa individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan