WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ANWAR HULUR BANTUAN KEPADA KELUARGA PAK AMJAL AKTIVIS AWAL REFORMASI

08/05/2024 08:03 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata bantuan itu disumbangkan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang meluangkan masa bertemu dengan Jalaluddin, atau lebih dikenali sebagai Pak Amjal, dan keluarganya di kediaman aktivis itu pagi tadi.

“Saya dimaklumkan isteri beliau menghidap penyakit angin ahmar. Mendoakan agar Pak Amjal dan keluarga terus diberi kesihatan yang berpanjangan, insya-Allah,” katanya.

Perdana Menteri turut memaklumkan pada pertemuan itu, Ahmad Farhan turut menyampaikan sumbangan bagi menampung kos perubatan isteri Pak Amjal.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan