WILAYAH - TIMUR > BERITA

DUA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT BERTEMBUNG

26/04/2024 04:55 PM

KOTA BHARU, 26 April (Bernama) -- Dua lelaki berusia 15 dan 20 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dan melanggar sesama sendiri dalam kemalangan di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR dari arah Kota Bharu menuju ke Kuala Krai, dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Beliau berkata susulan itu berlaku pelanggaran secara berdepan dengan penunggang yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 dari arah Kuala Krai.

“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua pemuda berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian disahkan oleh pembantu perubatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik Insp Khairulanwar Adam di talian 011-10085165 atau di talian 09-9751222 atau boleh ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan