WILAYAH - SELATAN > BERITA

MOHAMMAD AMIRULFARIS SEORANG TEGAS, HORMATI ORANG TUA - JIRAN

23/04/2024 09:10 PM

SEREMBAN, 23 April (Bernama) -- Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi disifatkan seorang yang tegas dan amat menghormati orang tua.

Mohd Nazron Abu Samah, 55, yang merupakan jiran kepada keluarga Mohammad Amirulfaris berkata dia sekeluarga terkejut apabila mengetahui tragedi dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak melibatkan Allahyarham.

"Pagi tadi beberapa kejiranan di sini ada menziarahi keluarga Allahyarham, kami juga membantu membuat persiapan sekiranya Allahyarham dibawa pulang di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Senawang Perdana di sini hari ini.

Katanya kali terakhir dia bertemu dengan Mohammad Amirulfaris, 35, pada hujung tahun lepas.

Mohd Nazron berkata dia juga telah diamanahkan keluarga Allahyarham yang bertolak ke Lumut sebaik menerima berita mengenai tragedi itu untuk menjaga kediaman mereka hari ini.

Tragedi membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) yang berlaku pada 9.32 pagi tadi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan