WILAYAH - TIMUR > BERITA

POLIS KESAN GURU LELAKI PUKUL RAKAN

21/04/2024 07:41 PM

CHUKAI, 21 April (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang guru lelaki bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Kemaman hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mangsa yang juga guru bahasa Inggeris berusia 32 tahun itu didakwa ditumbuk dan disepak suspek di kantin sekolah kira-kira 6.55 pagi tadi.

Beliau berkata susulan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Air Putih dekat sini pada 8.20 pagi.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa lebam pada mata kiri. Polis kini memburu suspek yang berusia 49 tahun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata kes berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan