SUKAN > BERITA

Sivasangari Mara Ke Pusingan Ketiga Kejohanan Dunia Di Mesir

10/05/2026 09:56 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) --Pemain skuasy nombor satu negara S. Sivasangari melangkah bergaya ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Giza, Mesir selepas menewaskan rakan senegara Aira Azman pada aksi pusingan kedua hari ini.

Pilihan kelima kejohanan itu hanya memerlukan 24 minit untuk mencatat kemenangan straight set 11-4, 11-9, 12-10 ke atas pemain pilihan ke-19, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas pemain muda negara berusia 21 tahun itu kepada lima kemenangan berturut-turut.

Kemenangan tersebut menyaksikan Sivasangari bakal berdepan cabaran lebih sengit pada pusingan ketiga menentang pemain Belgium, Tinne Gilis, yang turut mara selepas menewaskan seorang lagi pemain Malaysia, Aifa Azman, 11-7, 11-6, 11-3 dalam satu lagi aksi pusingan kedua yang berlangsung selama 25 minit.

Sivasangari akan memasuki aksi kelompok 16 terbaik itu dengan sedikit kelebihan rekod pertemuan apabila pernah menang dua daripada tiga pertemuan sebelum ini ke atas Gilis.

Kedua-dua kemenangan pemain negara berusia 27 tahun itu ke atas wakil Belgium berkenaan direkodkan pada Cincinnati Gaynor Cup 2022 dan Grasshopper Cup 2025.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan