KUALA NERUS, 27 Jan (Bernama) -- Pasukan Terengganu FC (TFC) mengumumkan kemasukan penyerang import terbaharu Gervane Kastaneer bagi mengharungi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.
Menurut kenyataan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) pemain berasal dari Belanda itu telah menandatangani kontrak selama setahun dengan TFC bagi mengisi kuota bebas.
Kastaneer, 29, adalah penyerang kebangsaan Curacao dan pernah beraksi bersama kelab Indonesia, selain mempunyai pengalaman luas beraksi di pentas antarabangsa.
"Kastaneer antara pemain yang membantu pasukannya layak ke kejohanan Piala Dunia sekali gus membuktikan tahap kualiti, pengalaman serta daya saing beliau di peringkat antarabangsa.
"Pengalaman tersebut diyakini mampu memberi nilai tambah dan memperkukuh jentera serangan TFC dalam menghadapi cabaran Piala Malaysia dan Liga Super yang bakal berakhir Mei depan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial