KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Pemain skuasy utama negara S Sivasangari menjadi wakil tunggal Malaysia melangkah ke suku akhir Tournament of Champions (ToC) 2026 berlangsung di New york, Amerika Syarikat.
Pilihan kelima itu bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menewaskan wakil tuan rumah, Amanda Sobhy 6-11, 7-11, 11-9, 11-9, 11-4 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung selama 55 minit di Grand Central Station, pada Ahad.
Pemain kelahiran Kedah itu dijadual berdepan pilihan keempat Olivia Weaver yang sebelum itu mengetepikan rakan senegara marina Stefanoni 11-2, 11-2, 11-3.
Sementara itu, perseorangan lelaki negara Ng Eain Yow tersingkir selepas pemain England yang juga pilihan kelapan Marwan El Shorbagy gagal disaingi.
Eain Yow tewas 9-11, 6-11, 7-11 dalam saingan berlangsung 81 minit.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial