KUALA LUMPUR,27 Okt (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengecam keras tindakan segelintir individu yang melemparkan komen dan mesej berbaur penghinaan serta ugutan terhadap pemain badminton negara di media sosial, baru-baru ini.
Dalam kenyataannya hari ini, BAM menegaskan tidak ada ruang untuk kebencian, intimidasi atau diskriminasi dalam dunia sukan mahupun masyarakat, sambil menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan pemain sentiasa menjadi keutamaan badan induk berkenaan.
“BAM mengecam sekeras-kerasnya tingkah laku sedemikian dan menggesa semua pihak agar menyuarakan pandangan dengan penuh rasa hormat serta secara positif,” menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, BAM memaklumkan akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberikan sokongan kepada pemain sekiranya diperlukan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial