SUKAN > BERITA

Cuaca Hujan Tidak Halang Aldeguer Catat Masa Terpantas Di Sepang

24/10/2025 02:43 PM

SEPANG, 24 Okt (Bernama) -- Cuaca hujan tidak menghalang pelumna BK8 Gresini Racing MotoGP Fermin Aldeguer untuk mencatatkan masa terpantas pada sesi Latihan Bebas 1 (FP1) perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2025 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Pelumba Sepanyol itu merekodkan masa 2 minit 00.199 saat (s) untuk menamatkan sesi berkenaan di hadapan dua kali juara dunia Francesco Bagnaia dari Ducati Lenovo Team yang ketinggalan 0.256s dan Joan Mir dari pasukan Honda HRC Castrol muncul ketiga terpantas dengan 2:00.548s.

Dalam kelas Moto2, pelumba Britain Jake Dixon dari Elf Marc VDS Racing Team memulakan kempen dengan cemerlang selepas mencatatkan masa terpantas 2:04.131s.

Albert Arenas dari Gresini Moto2 di tempat kedua dengan 2:04.292s manakala David Alonso dari CFMOTO RCB Aspar Team ketiga (2:04.429s).

Bagaimanapun, sesi FP1 tidak memihak kepada dua pelumba negara yang meraih tiket peluang khas (wildcard) Azroy Hakeem Anuar dan Muhammad Helmi Azman dari Petronas MIE Racing RW apabila kedua-duanya menamatkan saingan di tempat tercorot.

Azroy Hakeem mencatatkan masa 2:08.023s untuk menduduki tempat ke-29 manakala Helmi di kedudukan terakhir dengan 2:08.933s.

Sementara itu, seorang lagi pelumba wildcard negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila menamatkan saingan di tempat kelapan pada penampilan sulungnya dalam kelas Moto3.

Pelumba dari pasukan Aeon Credit SIC Racing itu merekodkan 2:11.317s dalam saingan yang diungguli pelumba Frinsa-MT Helmets-MSI, Angel Piqueras dengan catatan 2:10.979s diikuti Jacob Roulstone dari Red Bull KTM Tech3 (2:11.031s) manakala Joel Kelso dari LEVELUP-MTA ketiga (2:11.085s).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan