SUKAN > BERITA

LTdL 2025: Terlibat Kemalangan, Malucelli Terpaksa Tarik Diri

03/10/2025 10:53 AM

BANTING, 3 Okt (Bernama) -- Penyandang dan pendahulu jersi jingga Le Tour de Langkawi (LTdL) Matteo Malucelli daripada XDS Astana Team, gagal menamatkan perlumbaan Peringkat Keenam dari Shah Alam Ke Port Dickson, hari ini.

Pada perlumbaan tersebut, pelumba kelahiran Itali itu terpaksa menarik diri selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 16.5 pada perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca hujan.

Kemalangan itu turut melibatkan beberapa pelumba termasuk Erland Blikra daripada pasukan Uno-X Mobility, namun pelumba Norway itu kembali meneruskan perlumbaan.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan Malucelli terpaksa mengucapkan selamat tinggal untuk baki dua peringkat perlumbaan selepas ini.

Untuk rekod, pada LTdL musim ini Malucelli telah memenangi perlumbaan Peringkat Pertama (mengelilingi Pulau Langkawi), Peringkat Ketiga (Gerik-Pasir Puteh) dan Peringkat Keempat (Kuala Terengganu-Kemaman).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan