KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Program Road To Gold (RTG) mengesahkan semua atlet negara yang memenangi pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 dan memenuhi syarat penajaan menerima ganjaran masing-masing dalam tempoh dua bulan.
Dalam satu kenyataan hari ini, RTG memaklumkan pihaknya menerima beberapa tawaran penajaan khusus bagi menghargai atlet negara yang meraih pingat di Paris, selain memastikan semua tawaran direkodkan bagi melindungi hak atlet terbabit.
Penyelaras Program RTG Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan semua kepentingan komersial atlet dilindungi sepanjang temasya Olimpik berkenaan.
“Kami memastikan setiap tawaran penajaan yang diterima diuruskan dengan teratur, tanpa mengira keputusan di Olimpik.
“Dengan begitu banyak kepentingan membabitkan atlet, adalah penting kami menjamin mereka tidak terlepas peluang sebaik sahaja memenuhi syarat penajaan, selain memastikan semua pihak jelas dengan hak serta tanggungjawab masing-masing demi melindungi kepentingan bersama,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial