SUKAN > BERITA

Masters China: Sze Fei-Nur Izzuddin Bangkit Tempah Slot Ke Pusingan Kedua

16/09/2025 04:54 PM

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China 2025 selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan gandingan Indonesia Muhammad Rian Ardianto-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan hari ini.

Pasangan nombor tiga dunia itu mengambil masa 43 minit untuk mencatatkan kemenangan 12-21, 21-11, 22-20 dalam perlawanan pusingan pertama yang mendebarkan di Shenzhen Arena.

Pasangan Malaysia itu yang mempamerkan ketenangan luar biasa dalam set penentuan akan berdepan sama ada beregu Taiwan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan atau pasangan Thailand Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh bagi merebut tempat ke suku akhir.

Bagaimanapun, perjalanan satu lagi beregu lelaki negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong berakhir apabila tewas 12-21, 21-18, 12-21 kepada pasangan Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.

Dalam acara beregu campuran, pasangan negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menewaskan rakan senegara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien 21-17, 21-12 untuk menempah pertemuan pusingan kedua menentang beregu Taiwan Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan