KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Harimau Malaya berdepan situasi kurang menggembirakan menjelang aksi antarabangsa pada September apabila pemain tengah naturalisasi Hector Havel terpaksa digugurkan akibat kecederaan tumit.
Ketua jurulatih Peter Cklamovski yang mengesahkan perkara itu berkata pemain berusia 29 tahun berkenaan terpaksa diketepikan selepas mendapat nasihat perubatan.
“Keadaan (Hector) tidak begitu memberangsangkan untuk beraksi," katanya pada sidang media hari ini.
Cklamovski berkata ketiadaan Hector membuka peluang kepada pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Nathaniel Shio Hong Wan yang sebelum ini diletakkan dalam senarai simpanan untuk mengisi kekosongan itu.
“Dia (Hong) ada bakat dan ciri-ciri untuk menjadi pemain yang baik, jadi saya menantikan gandingannya bersama pasukan kebangsaan,” katanya.
Jurulatih dari Australia itu berkata semua pemain yang disenarai telah melapor diri hari ini kecuali penyerang Rodrigo Holgado dan pertahanan Gabriel Palmero.
Holgado dijangka menyertai skuad pada Rabu, sehari sebelum Malaysia menentang Singapura, manakala Palmero dijadual tiba esok (Selasa).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial