SUKAN > BERITA

Muhamad Baqiuddin Sah Milik TFC

23/06/2025 06:45 PM

KUALA TERENGGANU, 23 Jun (Bernama) -- Bekas pemain sayap Sri Pahang FC Muhamad Baqiuddin Shamsudin sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).

Berita itu dikongsi pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman Facebook rasmi TFC sebentar tadi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pemain berusia 31 tahun itu merupakan pemain baharu pertama yang menandatangani kontrak bagi musim 2025/2026 bersama pasukan itu.

"Muhamad Baqiuddin bakal menyarung jersi 77 dan akan menjalani latihan bersama pasukan pada 1 Julai ini.

"Kehadiran beliau sudah pasti memberi pilihan untuk mevariasikan corak serangan pasukan memandangkan kualitinya yang lincah dan kelajuan yang baik," katanya dalam kenyataan itu.

Mohd Syahrizan berkata kehadiran pemain berketinggian 1.65 meter itu juga diharap dapat membantu mengukuhkan kubu pertahanan pasukan.

Selain Muhamad Baqiuddin, seorang lagi bekas pemain Tok Gajah dikhabarkan bakal menyertai TFC musim ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan