KUCHING, 19 Jun (Bernama) -- Skuad wanita negara meneruskan dominasi dalam Kejohanan Skuasy Individu Asia ke-23 apabila tiga pemain melangkah ke separuh akhir pada pertandingan yang berlangsung di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya di sini.
Rachel Arnold mara selepas menewaskan pemain Hong Kong, Tong Tsz Wing 11-8, 11-8, 11-8 dalam suku akhir hari ini.
Turut mencatatkan kemenangan bergaya Aifa Azman yang mengetepikan cabaran Lee Ka Yi juga dari Hong Kong 11-5, 11-7, 11-4.
Dengan keputusan itu, Rachel dan Aifa bakal berentap pada separuh akhir esok bagi merebut tempat di pentas akhir.
Seorang lagi wakil negara Yee Xin Ying turut menempah tiket ke separuh akhir selepas menundukkan rakan senegara Aira Azman 11-6, 12-10, 9-11, 11-8 dalam aksi empat set.
Xin Ying bakal berdepan Ho Tze Lok dari Hong Kong yang sebelum itu menyingkirkan seorang lagi pemain Malaysia Ainaa Amani dalam perlawanan sengit lima set, 11-4, 9-11, 7-11, 11-7, 11-5.
Sementara itu, dua wakil lelaki negara menamatkan kempen hari ini selepas terkandas di suku akhir.
Joachim Chuah tewas kepada pemain India, Velavan Senthilkumar 7-11, 6-11, 6-11 manakala Ameeshenraj Chandaran akur dengan kehebatan pemain pilihan Qatar, Abdulla Al Tamimi yang menang 11-7, 11-9, 11-3.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial