SUKAN > BERITA

JDT Umum Kehadiran Jairo Da Silva Perkuat Serangan Musim Depan

15/06/2025 11:33 PM

JOHOR BAHRU, 15 Jun (Bernama) -- Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkuat jentera serangan mereka bagi menghadapi saingan musim depan dengan mengumumkan kehadiran penyerang baharu, Jairo Da Silva.

Pengumuman mengenai pemain berusia 33 tahun itu dibuat menerusi satu video pengenalan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kelab Johor Southern Tigers hari ini.

“Welcome to the Home of the Southern Tigers, Jairo Da Silva!,” menurut hantaran itu beserta video Da Silva dilihat memegang jersi Harimau Selatan bernombor 11.

Jairo memainkan peranan penting dalam membantu Pafos FC menjuarai Liga Cyprus buat kali pertama dalam sejarah kelab itu selepas menjaringkan 10 gol dan mencipta lima bantuan jaringan sepanjang musim.

Penyerang Brazil itu bukan asing dalam kancah bola sepak antarabangsa, pernah beraksi bersama beberapa kelab ternama di Eropah dan Amerika Selatan termasuk PAOK Salonika (Greece), Hajduk Split (Croatia) serta Botafogo (Brazil).

Ketibaan Jairo menyaksikan JDT telah membawa masuk dua pemain import baharu bagi menghadapi musim akan datang selepas mengumumkan kehadiran pertahanan tengah, Antonio Glauder.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan