KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Cabaran Malaysia dalam kejohanan Terbuka British 2025 berakhir selepas wakil tunggal negara S. Sivasangari kecundang di tangan pemain Mesir Amina Orfi, di peringkat suku akhir di Birmingham pada Khamis.
Dalam aksi yang berlangsung di The Rep Theatre, pemain skuasy wanita nombor sembilan dunia berkenaan tewas 2-11, 11-4, 7-11, 9-11 kepada Amina, kekalahan keempat daripada lima pertemuan menentang pemain nombor lima dunia itu.
Pada perlawanan separuh akhir esok, Amina akan dicabar rakan senegara yang juga juara bertahan, Nouran Gohar bagi merebut tempat ke final.
Gohar yang juga pilihan utama kejohanan mara ke peringkat separuh akhir selepas menundukkan pemain Belgium, Tinne Gillis 11-9, 11-7, 11-3.
Kejohanan Terbuka British menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak USD 348,500 (kira-kira RM1.5 juta) masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial