SUKAN > BERITA

Rachel Tersingkir Awal Di Terbuka British

31/05/2025 09:19 PM

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Pemain skuasy negara Rachel Arnold terkandas seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka British 2025 selepas tewas kepada wakil Mesir, Kenzy Ayman di Birmingham, hari ini.

Rachel, pemain ranking ke-19 dunia, gagal menyaingi corak permainan agresif Kenzy yang berada di ranking ke-38, sekali gus tunduk 6-11, 12-14, 5-11 dalam tempoh hanya 26 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Kenzy mara ke pusingan kedua untuk bertemu pemain Belgium, Tinne Gilis dalam kejohanan yang berlangsung hingga 8 Jun ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan