SUKAN > BERITA

SERVIS SEKALI BERGILIR DILAKSANAKAN DI PIALA DUNIA SEPAK TAKRAW 2024

10/05/2024 03:09 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dihangatkan dengan sistem penggiliran servis sekali bergilir-gilir bagi setiap pasukan, menurut Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan.

Beliau berkata sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam ketiga-tiga acara dipertandingkan iaitu berpasukan, regu dan double.

“Satu servis bergilir-gilir kali ini...sekali servis tukar, sekali servis tukar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebanyak 21 negara akan berentap dalam kejohanan dunia itu dengan 12 negara bersaing dalam kategori Premier termasuk Malaysia manakala sembilan lagi berentap dalam Divisyen 1 disertai antaranya Iran, Jerman, Arab Saudi, Bangladesh, Nepal, Perancis, Taiwan, Sri Lanka dan Pakistan.

Saingan acara berpasukan yang menjadi tumpuan, skuad negara diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Jepun dan Brunei, dan Malaysia perlu sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan untuk mara ke suku akhir.

Bagi kategori regu pula, Malaysia turut mendapat laluan mudah apabila diundi bersama China dan Brunei dalam Kumpulan B manakala saingan double menyaksikan skuad kebangsaan berada dalam Kumpulan A bersama Jepun dan Brunei.

Piala Dunia Sepak Takraw 2024 akan berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini pada 18 hingga 26 Mei ini.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan