SUKAN > BERITA

RAGBI SSR 2024: 20 PASUKAN BERENTAP REBUT GELARAN JUARA

08/05/2024 04:34 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sejumlah 20 pasukan bakal berentap bagi merebut gelaran juara Kejohanan Malaysia Super Schools Rugby (SSR) 2024 yang akan berlangsung pada Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Enervive Sports Shahrizin Shaharudin berkata kejohanan edisi kesembilan itu mencatat sejarah tersendiri menerusi rekod penyertaan tertinggi termasuk kehadiran juara bertahan Victoria Institution (VI), bekas juara Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Menengah Sains (SMS) Hulu Selangor (SEMASHUR).

SSR merupakan kejohanan ragbi peringkat kebangsaan 15-sebelah kategori Bawah 17 tahun menampilkan sekolah-sekolah yang kaya dengan tradisi sukan ragbi dan edisi sebelum ini menarik 16 pasukan bersaing.

“SSR dalam masa sama turut memperkenalkan kategori baharu iaitu Divisyen Akademi SSR yang menampilkan tujuh buah sekolah sukan, akademi ragbi dan sekolah projek sukan.

“Kategori ini diwujudkan bertujuan menawarkan platform pembangunan sukan ragbi 15-sebelah terbaik menerusi pendedahan perlawanan dan aksi kompetitif,” katanya pada majlis pelancaran dan undian rasmi SSR yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau dalam masa sama berharap penambahan divisyen baharu akan meningkatkan lagi mutu penganjuran kejohanan di samping melahirkan lebih banyak bakat baharu untuk dikenal pasti dan diserap ke dalam pasukan senior.

 

Senarai pasukan dalam SSR 2024: 

 

- SMS Tuanku Syed Putra (Perlis)

- SMK Abi (Perlis)

- Kolej Sultan Abdul Hamid (Kedah)

- SMS Pokok Sena (Kedah)

- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Bukit Mertajam (Pulau Pinang)

- Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau (Pulau Pinang)

- SMK Sultan Yahya Petra (1) (Kelantan)

- SMS Sultan Mahmud (Terengganu)

- SMK King Edward VIl (Perak)

- Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak)

- Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Perak)

- SMS Hulu Selangor (Selangor)

- SBPI Gombak (Selangor)

- Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)

- Maktab Tentera Diraja (Kuala Lumpur)

- Victoria Institution (Kuala Lumpur)

- SMS Selangor (Kuala Lumpur)

- Sekolah Dato Abdul Razak (Negeri Sembilan)

- Kolej Yayasan Saad (Melaka)

- Maktab Sultan Abu Bakar (Johor)

 

Tujuh pasukan dalam kategori Divisyen Akademi SSR:

 

- Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (Johor),

- Sekolah Sukan Malaysia Pahang

- SMK Hosba (Kedah)

- Akademi Ragbi Terengganu

- Akademi Ragbi Selangor

- Akademi Ragbi Melaka

- SMK Tinggi Batu Pahat (Johor)

 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan