BERITA COVID–19   Hampir 13.2 juta kanak-kanak di AS dijangkiti COVID-19 | Filipina kesan jangkitan tempatan subvarian Omicron BA.2.12.1  | 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19 | Kes baharu COVID-19 meningkat 119 peratus minggu lepas - KP Kesihatan | Singapura lapor 3 kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5 | 
SUKAN

Skuad Harimauwati Malaya jalani latihan di Bangladesh

15/05/2022 03:17 AM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menghantar skuad bola sepak wanita kebangsaan bagi menjalani latihan di Bangladesh sebagai persediaan mengharungi Kejohanan Bolasepak Wanita Persekutuan Bola sepak Asean (AFF) 2022 di Filipina, Julai ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Bola sepak Wanita FAM Datuk Suraya Yaacob berkata beberapa perlawanan pemanas badan juga akan diadakan di sana bagi memastikan skuad wanita dalam keadaan terbaik untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.

“Sebelum mereka mula bermain di AFF, mereka akan dihantar ke Bangladesh, jadi ada latihan untuk mereka bermain dengan negara luar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Bola Sepak Wanita AFC Ke-8 di Wisma FAM di sini hari ini. 

Suraya berkata FAM dalam masa sama akan membuat pemilihan pemain menerusi kejohanan Liga Wanita Nasional (LWN) bermula 21 Mei ini dengan 21 pasukan peringkat kebangsaan berentap selama enam minggu pada liga berkenaan. 

Beliau memaklumkan lapan pasukan terbaik yang menyertai LWN seterusnya turut terpilih mengikut zon untuk ke Piala Tun Sharifah Rodziah yang dijadualkan berlangsung September ini.

Sementara itu, Suraya berkata pelancaran Pelan Pembangunan Bolasepak Wanita Negara yang sepatutnya dilancarkan hari ini ditangguhkan pada Jun.

Katanya, ia bagi memperhalusi lagi pelaksanaan pelan pembangunan tersebut selain menambah baik pemerkasaan bola sepak wanita negara. 

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan