RENCANA

COVID-19: LEBIH 18,000 KES DALAM MINGGU KEDUA RAYA

15/05/2022 07:38 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 7 Mei hingga pukul 11:59mlm 13 Mei 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.47 juta kes. Di peringkat global, lebih 520 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.2 juta kes. Lebih 474 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 226 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 18,136 kes baharu COVID-10 dilaporkan sepanjang seminggu lepas (7 Mei -13 Mei) berbanding 9,467 kes pada seminggu sebelumnya (30 April-6 Mei).

Trend meningkat dikesan pada minggu pertama Hari Raya Aidilfitri, bermula pada 4 Mei iaitu 1,054 kes setelah sehari sebelum itu (3 Mei), negara mencatat kes terendah untuk tahun 2022, sebanyak 922 kes.

Data yang dikumpul oleh Bernama sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 30 April-6 Mei dan 7 Mei-13 Mei menunjukkan, angka kes harian baharu meningkat daripada sekitar 1,000 kepada 2,000 dan setakat semalam (13 Mei), sekitar 3,000 iaitu sebanyak 3,029.

Dengan 3,029 kes harian baharu, kes kumulatif COVID-19 Malaysia meningkat kepada 4,473,500 dan kes aktif COVID-19 sebanyak 28,734.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (7 Mei hingga 13 Mei 2022):-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

7 Mei (1,372), 8 Mei (2,153), 9 Mei (2,246), 10 Mei (2,605), 11 Mei (3,321), 12 Mei (3,410) dan 13 Mei (3,029).

Sebagai perbandingan, berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (30 April - 6 Mei 2022):-

30 April (2,107), 1 Mei (1,503), 2 Mei (1,352), 3 Mei (922), 4 Mei (1,054), 5 Mei (1,278) dan 6 Mei (1,251).

 

Dengan sebanyak 4,473,500 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 226 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,006,460) dan Mexico (5,745,652).

Dalam kalangan 226 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Amerika Syarikat mencatat kes harian baharu tertinggi semalam sebanyak 87,332 kes dengan 272 kematian, diikuti Jerman 67,670 kes (181 kematian) dan Australia 51,773 kes (51 kematian).

Amerika Syarikat juga mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi melebihi sejuta kes, iaitu sebanyak 1,026,527 kes semalam.


Pameran Evolusi Baju Seragam Jururawat terbuka kepada semua pengunjung sempena Sambutan Hari Jururawat dan Pelancaran Evolusi Pakaian Seragam Jururawat 2022 di Muzium Negara. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 13 Mei 2022 menunjukkan sebanyak 27,358 kes (95.2 peratus) dikuarantin di rumah daripada 28,734 kes aktif COVID-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 23 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,311 kes (4.6 peratus) di hospital; 9 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 33 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Sebanyak 1,116 kes sembuh dilaporkan pada 13 Mei dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4.409,159 kes.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini menunjukkan peningkatan setelah mencatat paras terendah 0.52 pada 6 Mei 2022 dan melepasi paras 1.00 pada 11 Mei 2022. Keseluruhan data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-


Kadar Kebolehjangkitan Dalam Negara (Nilai R) pada 7 - 13 Mei 2022. covid-19.moh.gov.my

7 Mei (0.54), 8 Mei (0.64), 9 Mei (0.75), 10 Mei (0.90), 11 Mei (1.05) dan 12 Mei (1.14) dan 13 Mei (1.18).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 12 Mei 2022 ialah WP Putrajaya (1.09), Melaka (0.94) dan Kelantan (0.92).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Kes sembuh:-

7 Mei (3,610), 8 Mei (2,869), 9 Mei (2,433), 10 Mei (2,014), 11 Mei (1,416), 12 Mei (1,430) dan 13 Mei (1,116).

* kes kumulatif sembuh sehingga 13 Mei 2022 sebanyak 4,409,159

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

7 Mei (23,276), 8 Mei (22,556), 9 Mei (22,368), 10 Mei (22,953), 11 Mei (24,850), 12 Mei (26,826) dan 13 Mei (28,734).

 

Perincian kes harian baharu (3,029 kes):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 13 Mei 2022

* (+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes harian baharu tiga angka - Johor 126 (+0), Melaka 108 (+0), Negeri Sembilan 208 (+0), Perak 174 (+0), Pulau Pinang 229 (+0), Selangor 1,286 (+0) dan WP Kuala Lumpur 501 (+0).

Kes harian baharu dua angka - Kedah 61(+0), Kelantan 21 (+0), Pahang 58 (+0), Sabah 78 (+0), Sarawak 57 (+0), Terengganu 23 (+0), dan WP Putrajaya 88 (+0).

Kes harian baharu satu angka - Perlis 8 (+0) dan WP Labuan 3 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

7 Mei - Kes baharu: 1,372 kes; Kes kumulatif: 4,456,736 kes; Kes import: 5 kes.

8 Mei - Kes baharu: 2,153 kes; Kes kumulatif: 4,458,889 kes; Kes import: 2 kes.

9 Mei - Kes baharu: 2,246 kes; Kes kumulatif: 4,461,135 kes; Kes import: 5 kes.

10 Mei - Kes baharu: 2,605 kes; Kes kumulatif: 4,463,740 kes; Kes import: 4 kes.

11 Mei - Kes baharu: 3,321 kes; Kes kumulatif: 4,467,061 kes; Kes import: 10 kes.

12 Mei - Kes baharu: 3,410 kes; Kes kumulatif: 4,470,471 kes; Kes import: 5 kes.

13 Mei - Kes baharu: 3,029 kes; Kes Kumulatif: 4,473,500 kes; Kes import: 0 kes.

 

Sementara itu, masih terdapat sebanyak 59 kluster aktif dalam negara setakat 13 Mei 2022 dan secara keseluruhan, sebanyak 7,011 kluster dikesan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, hanya satu (1) kluster baharu dikesan iaitu pada 11 Mei 2022, melibatkan kluster pusat tahanan dikesan di Serian, Sarawak dan dengan 14 kes positif COVID-19 dikesan setakat 11 Mei.

 

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-


Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (30 April - 13 Mei 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

7 Mei - Tiada kluster

8 Mei - Tiada kluster

9 Mei - Tiada Kluster

10 Mei - Tiada kluster

11 Mei - Tiada Kluster

12 Mei - 1 (pusat tahanan - Serian, Sarawak)

13 Mei - Tiada kluster

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

7 Mei - 3 (BID 0), 8 Mei - 4 (BID 3), 9 Mei - 1 (BID 0), 10 Mei - 6 (BID 3), 11 Mei - 8 (BID 3), 12 Mei - 4 (BID 0) dan 13 Mei - 5 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga 13 Mei 2022, sebanyak 35,607 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 520,289,101 (Rangkuman Mingguan lalu 516,447,605 kes) dengan 6,286,519 kematian (Minggu lalu 6,274,493 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 474,909,980 berbanding 471,124,276 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 226 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turki.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 84,172,085 (+87,332);

India 43,117,836 (+1,236);

Brazil 30,664,739 (+25,609);

Perancis 29,130,343 (+32,773);

Jerman 25,733,580 (+67,670);

United Kingdom 22,159,805 (+190);

Rusia 18,250,290 (+4,896);

Korea Selatan 17,727,086 (+32,409);

Itali 16,993,813 (+38,507);

Turki 15,051,761 (+1,534).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 125 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 -10,690,471 (2,227);

Indonesia di tangga 19 - 6,050,211 (+335);

Malaysia di tangga 23 - 4,473,500 (+3,029);

Thailand di tangga 24 - 4,361,016 (+7,779);

Filipina di tangga 32 - 3,687,748 (+181);

Singapura di tangga 51 - 1,236,850 (+4,291);

Myanmar di tangga 79 - 613,116 (+28);

Laos di tangga 110 - 209,321(+78);

Brunei di tangga 121 - 144,136 (+270); dan

Kampuchea di tangga 123 - 136,262 (tiada maklumat).

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

 

BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan