KPMG Di Malaysia Terus Memperkasakan Graduan Malaysia Untuk Menjadi Bakat Yang Bersedia Untuk Masa Hadapan

10/06/2026 01:23 PM

PETALING JAYA, 10 Jun (Bernama) -- KPMG di Malaysia terus memperkukuh komitmennya dalam membangunkan bakat masa hadapan dengan menganugerahkan biasiswa kepada 24 penerima menerusi Young Star Scholarship Program. Dengan penerimaan bantuan kewangan antara RM8,000 hingga RM10,000, inisiatif ini mencerminkan dedikasi berterusan KPMG untuk memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi serta membangunkan bakat yang bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan, khususnya dalam kalangan komuniti B40 dan yang kurang berkemampuan. 

Ditubuhkan pada tahun 2022, Young Star Scholarship Program merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah KPMG Education Trust Fund (ETF). Program ini dilaksanakan seiring dengan KPMG Young Spark Sponsorship, yang menyokong pelajar sekolah rendah dan menengah, serta KPMG Young Excellence Sponsorship yang mengiktiraf anak-anak kakitangan KPMG di Malaysia atas pencapaian akademik mereka. Dana ETF ini disokong oleh komitmen berjumlah RM5 juta daripada Rakan Kongsi KPMG di Malaysia, dengan peruntukan RM500,000 disalurkan setiap tahun sepanjang tempoh 10 tahun.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan