KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memandang serius mengenai penganjuran Rain Rave Water Festival 2026 yang dijadualkan berlangsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
MAIWP ingin menegaskan bahawa dalam usaha memajukan sektor pelancongan dan hiburan di Wilayah Persekutuan, aspek kesejahteraan dan keharmonian sosial perlulah menjadi keutamaan. Penganjuran Rain Rave Water Festival 2026 dilihat kurang sesuai untuk dilaksanakan dalam persekitaran bandar raya Kuala Lumpur yang menempatkan masyarakat berbilang kaum dan agama.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial