TOKYO, 24 April (Bernama) -- Kioxia Corporation hari ini mengumumkan pemacu keadaan pepejal (SSD) Siri KIOXIA BG8, evolusi terkini dalam barisan SSD kliennya yang direka khusus untuk pelanggan OEM PC. Membawakan kelajuan PCIe® 5.0 kepada segmen arus perdana, Siri KIOXIA BG8 menggabungkan keupayaan generasi baharu dengan operasi cekap serta fleksibiliti reka bentuk yang meluas untuk komputer riba nipis, notebook komersial dan pengguna, serta sistem desktop.
Dibangunkan menggunakan memori kilat 3D berasaskan TLC BiCS FLASH™ generasi kelapan milik Kioxia, Siri KIOXIA BG8 meningkatkan prestasi dan kecekapan tenaga. Berbanding generasi terdahulu(1), Siri KIOXIA BG8 menawarkan peningkatan sehingga 47 peratus bagi bacaan berjujukan, 67 peratus bagi penulisan berjujukan, 44 peratus bagi bacaan rawak dan 30 peratus bagi penulisan rawak.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial