KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah melaksanakan satu operasi penguatkuasaan bersepadu terhadap aktiviti penjualan kanta lekap di Bazaria Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2026. Operasi yang dijalankan ini melibatkan seramai 13 anggota penguatkuasaan MDA dengan kerjasama Majlis Optik Malaysia (MOC) serta Polis Diraja Malaysia.
Sebanyak 19 premis telah diperiksa dan 12 notis amaran telah dikeluarkan atas pelbagai ketidakpatuhan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan peraturan-peraturan berkaitan. Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk penjualan kanta lekap yang tidak berdaftar serta kegagalan mematuhi keperluan pelabelan yang ditetapkan.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial