Cloudera Membawakan Inovasi “AI Anywhere” Ke Siri AWS Summit Global

02/04/2026 11:01 AM

SANTA CLARA, California, 2 April (Bernama) -- Cloudera, satu-satunya syarikat yang membolehkan AI diaplikasikan kepada data di mana-mana, hari ini mengumumkan penyertaannya sebagai penaja dalam siri Amazon Web Services (AWS) Summit 2026, termasuk acara di Paris, Sydney, Hamburg, Madrid, Washington, D.C., Jakarta, Zurich dan Tokyo. Pada setiap acara, Cloudera akan menunjukkan bagaimana organisasi boleh mengoperasikan “AI Anywhere” secara menyeluruh dengan menjalankan beban kerja AI secara lancar merentasi persekitaran hibrid dan multi-awan tanpa menjejaskan aspek tadbir urus, keselamatan, kebolehportabilan data serta keperluan sovereign cloud (awan berdaulat) — termasuk residensi data, kawalan dan pematuhan mengikut negara atau wilayah tertentu.

Kehadiran Cloudera di AWS Summit berteraskan kerjasama jangka panjang dengan AWS, membantu perusahaan memodenkan seni bina data serta mempercepatkan penggunaan AI dalam persekitaran hibrid yang semakin kompleks. Ketika organisasi terus mengimbangi inovasi awan dengan pelaburan sedia ada di premis, strategi awan hibrid menjadi norma, membolehkan lebih banyak kelincahan, skalabiliti serta kecekapan kos.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan