DayOne Data Centers Mengumumkan Pembiayaan Siri C Bernilai Lebih US$2.0 Bilion untuk Mempercepatkan Pengembangan Infrastruktur Digital Global

07/01/2026 10:38 AM

SINGAPURA, 7 Jan (Bernama) -- DayOne Data Centers Limited (“DayOne”), sebuah platform pusat data hiperskala bebas yang beribu pejabat di Singapura, hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian muktamad bagi pembiayaan ekuiti Siri C bernilai lebih daripada US$2.0 bilion, menandakan salah satu pengumpulan modal swasta terbesar dalam sektor pusat data. Pusingan ini diketuai oleh pelabur global sedia ada, Coatue, serta disokong oleh beberapa institusi terkemuka lain termasuk Indonesia Investment Authority (INA), iaitu dana kekayaan berdaulat Indonesia.

Sebagai sebuah platform antarabangsa, pembiayaan Siri C telah menarik minat kumpulan pelabur global yang luas, sekali gus mempelbagaikan asas pemegang saham DayOne dan mengukuhkan keupayaannya untuk menyokong peluasan di pasaran antarabangsa. Penyertaan pelabur dari Amerika Syarikat, Eropah dan Asia-Pasifik adalah selaras dengan strategi pembangunan DayOne serta tumpuannya di Asia-Pasifik dan Eropah. Pembiayaan ini dibina berdasarkan jumlah keseluruhan sebanyak US$1.9 bilion yang telah berjaya dikumpul oleh DayOne melalui pusingan ekuiti Siri A dan Siri B pada tahun 2024. Selain itu, sehingga €1 bilion dalam bentuk kemudahan hutang mezzanine telah diperoleh pada tahun 2025 daripada Brookfield serta seorang pelabur berdaulat. Pembiayaan Siri C ditetapkan pada premium 100 peratus berbanding pusingan terdahulu.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan