Mek Mulung "Afrot": JKKN Teruskan Usaha Pelestarian Mek Mulung Melalui Pementasan "Afrot"

31/12/2025 09:42 AM

TANJUNG MALIM, 31 Dis (Bernama) -- Pementasan Teater Tradisional Mek Mulung “Afrot”, sebuah warisan Kedah yang sarat dengan tipu daya kuasa, pengorbanan dan semangat menuntut keadilan. Kisah “Afrot” bermula dengan keinginan seorang raja untuk mempunyai pewaris takhta, namun perkahwinannya dengan 11 puteri tidak berhasil sehinggalah bertemu dengan seorang gadis kampung bernama Bongsu. Melalui jalan cerita yang tegang dan penuh aksi, karya ini menyelami makna keberanian dan kesetiaan, di mana Putera Afrot akhirnya memulakan perjalanan yang berliku untuk menuntut bela, menghadapi pelbagai konflik demi ayahandanya.

Pementasan Teater Tradisional Mek Mulung “Afrot” merupakan usaha berterusan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB Kedah) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam menyemarakkan warisan tidak ketara negara selain memberi ruang kepada penggiat seni teater tempatan untuk terus berkarya.  Mek Mulung  “Afrot”  bakal dipentaskan pada 9 dan 10 Januari 2026 bertempat di Dewan Tuanku Canselor (DTC), Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan dijangka menjanjikan sebuah pengalaman pementasan yang menyentuh jiwa di samping mengangkat kesenian tradisional ini.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan