Pemenang Malaysia Photo Hunt 2025 Dirai Dalam Majlis Penyampaian Hadiah Rasmi

03/10/2025 03:09 PM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Tourism Malaysia hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Malaysia Photo Hunt 2025, sebuah inisiatif program yang bertujuan mempergiatkan usaha mempromosikan pelancongan negara melalui medium fotografi dan video.

Pertandingan yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2025 ini menerima penyertaan sebanyak 2,310 foto dan 121 video berdurasi antara 30 hingga 60 saat bertemakan “Surreal Experiences”. Pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia, pemastautin asing, dan pelawat antarabangsa di mana setiap penyertaan perlu disertakan bersama salinan resit seperti penginapan di premis berdaftar dan berlesen, pembelian tiket ke tarikan pelancongan atau tempahan tiket pengangkutan domestik sebagai bukti aktiviti melancong telah dilakukan.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan