Putra Business School Bina Legasi Alam Sekitar Melalui “EcoLegacy: Trees for Tomorrow”

22/09/2025 11:11 AM

SERDANG, 22 Sept (Bernama) -- Putra Business School (PBS) telah berjaya melaksanakan inisiatif komuniti dan alam sekitar terbarunya, iaitu program penanaman pokok bertajuk “EcoLegacy: Trees for Tomorrow”, yang berlangsung di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH), Puchong, juga dikenali sebagai Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC).

Program ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor merangkap Canselor PBS. Ia telah dianjurkan bersama dengan Mega Fortris Berhad dan Coffex (M) Sdn Bhd, dengan sokongan rakan strategik iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), serta Selangor Youth Community.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan