SAN FRANCISCO, 6 Ogos (Bernama) -- Jenama Levi’s®, bersama ikon global Beyoncé, hari ini melancarkan The Denim Cowboy, bab terakhir dalam kempen setahun Levi’s® REIIMAGINE. Filem ini menggabungkan ketiga-tiga bab terdahulu, menjadikan kempen ini bukan sekadar tafsiran semula iklan ikonik Levi’s®, tetapi penciptaan naratif baharu yang berteraskan pemerkasaan dan keberanian mencipta peraturan sendiri. Sepanjang The Denim Cowboy penonton disajikan dengan ikon dan item utama daripada koleksi denim baharu BEYONCÉ x LEVI’S®, yang bukan sahaja menjadi busana utama filem ini, tetapi juga melambangkan tonggak terkini dalam kolaborasi bersama Beyoncé, sekali gus mengukuhkan kedudukan Levi’s® sebagai peneraju gaya hidup denim.
Diiringi suntingan eksklusif lagu “Levii’s Jeans” daripada album pemenang Anugerah Grammy, Cowboy Carter, filem berdurasi 90 saat ini menampilkan babak-babak baharu serta versi lanjutan daripada filem Launderette, Pool Hall dan Refrigerator yang pernah diterbitkan sebelum ini, kesemuanya diinspirasikan oleh iklan-iklan klasik Levi’s® dari era 80-an dan 90-an. Sekali lagi, jenama Levi’s® bekerjasama dengan pengarah pemenang Anugerah Grammy, Melina Matsoukas, untuk merealisasikan visi kreatif ini ke layar.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial