Ambiq Mengumumkan Harga Tawaran Awam Permulaan yang Ditingkatkan

31/07/2025 10:01 AM

AUSTIN, Texas, 31 Julai (Bernama) -- Ambiq Micro, Inc. (“Ambiq”), peneraju teknologi dalam penyelesaian semikonduktor kuasa ultrarendah untuk AI hujung rangkaian, hari ini mengumumkan penetapan harga bagi tawaran awam permulaan (IPO) yang ditingkatkan sebanyak 4,000,000 saham biasa pada harga AS$24.00 sesaham. Hasil kasar kepada Ambiq daripada tawaran ini, sebelum ditolak diskaun dan komisen penaja jamin serta kos berkaitan yang perlu dibayar oleh Ambiq, dijangka mencecah AS$96.0 juta. Selain itu, Ambiq telah memberikan penaja jamin pilihan selama 30 hari untuk membeli hingga 600,000 saham tambahan (semata-mata untuk menampung lebihan langganan, jika ada) pada harga IPO yang sama, selepas menolak diskaun dan komisen. Saham-saham tersebut dijangka mula diniagakan di Bursa Saham New York dengan simbol penyenaraian “AMBQ” pada 30 Julai 2025 dan penutupan tawaran dijangka berlaku pada 31 Julai 2025, tertakluk pada pemenuhan syarat penutupan lazim.

BofA Securities dan UBS Investment Bank bertindak sebagai pengurus utama bersama bagi penaja jamin untuk penawaran ini. Needham & Company dan Stifel pula bertindak sebagai pengurus taja jamin bersama.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan