HONG KONG, 21 Julai (Bernama) -- Anugerah inovasi tenaga pintar berasaskan Asia, Anugerah TERA, yang dianjurkan oleh Full Vision Capital, telah mengumumkan keputusan bagi edisi keempatnya. Barocal, sebuah syarikat Britain, memenangi Anugerah Emas dengan hadiah bernilai US$1 juta atas kejayaan inovasi mereka dalam sistem penyejukan keadaan pepejal, menggunakan bahan barokalorik yang mengalami perubahan suhu apabila tekanan dikenakan.
Untuk pertama kali, Anugerah TERA dianjurkan di luar Hong Kong. Lebih daripada 100 pemimpin industri, usahawan, saintis, pelabur, sarjana dan rakan kerjasama menghadiri majlis tersebut di King's College, Universiti Cambridge, pada 18 Julai. Dr Peter Lee, Pengetua Full Vision Capital dan Pengasas Anugerah TERA, bersama Dr Martin Lee, Pengerusi Kehormat Full Vision Capital, mengetuai misi pertama mereka ke luar negara untuk bersama-sama mempromosikan Anugerah TERA.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial