Kenyataan Media Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Berkenaan Pelantikan Ketua Hakim Negara Dan Hakim Mahkamah Tinggi

11/07/2025 10:51 AM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- IKIM mengambil maklum bahawa proses pelantikan Ketua Hakim Negara, seperti yang termaktub dalam Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695), melibatkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong, dengan perundingan bersama Majlis Raja-Raja. Kami menegaskan bahawa proses ini perlu dijalankan dengan penuh ketelusan, integriti dan mematuhi prosedur yang ditetapkan untuk menjamin kebebasan kehakiman.

Kami memahami kebimbangan sesetengah pihak terhadap kelewatan pelantikan Ketua Hakim Negara dan spekulasi mengenai kemungkinan campur tangan eksekutif. Walau bagaimanapun kekosongan jawatan ini adalah sebahagian daripada peralihan biasa dalam institusi kehakiman dan tidak sepatutnya dipolemikkan. IKIM berpendirian bahawa keyakinan terhadap institusi kehakiman perlu dikekalkan dengan memastikan pelantikan dibuat berdasarkan merit, kecekapan dan pengalaman, tanpa pengaruh politik atau tekanan luar.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan