SiPearl: Peringkat Muktamad Siri A Yang Bernilai €130 Juta Dengan Cathay Venture (Taiwan), EIC Fund Dan France 2030

10/07/2025 05:41 PM

MAISONS-LAFFITTE, Perancis, 10 Julai (Bernama) -- SiPearl, syarikat yang membina pemproses cekap tenaga berprestasi tinggi Eropah untuk superkomputeran dan AI telah mencapai penutupan muktamad Siri A yang bernilai €130 juta dengan bahagian ketiga sebanyak €32 juta.

Dana benih yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah, SiPearl berjaya dilancarkan pada bulan Januari 2020 di bawah naungan konsortium Inisiatif Pemproses Eropah yang menyasar untuk merangsang pulangan teknologi pemproses cekap tenaga berprestasi tinggi di Eropah. Sejak itu, syarikat berkenaan telah berjaya memenuhi misi dengan membina pasukan pemproses bertaraf dunia yang terdiri daripada 200 pekerja di Perancis, Sepanyol dan Itali, mewujudkan infrastruktur berdaulat sendiri bersama pusat data di Perancis yang dilengkapi dengan pelayan dan pelagak khusus mengikut reka bentuk semikonduktor. SiPearl telah melengkapkan konsepsi pemproses paling kompleks yang pernah direka bentuk di Eropah, iaitu Rhea1. Bersama 80 teras Arm Neoverse V1, Rhea1 terdiri daripada lebih 61 bilion transistor. Beberapa minggu yang lalu, Rhea1 telah membuat penyerahan akhir reka bentuk dan pemindahan tanggungjawab kepada faundri terkemuka dunia, TSMC di Taiwan, untuk memulakan pembuatan.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan