KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB” atau “Kumpulan”) pada 30 Jun 2025 mengumumkan komitmen sebanyak RM200 juta untuk lima tahun (2026 hingga 2030) bagi memperkasa pelanggan dan masyarakat di bawah platform “Kita Bagi Jadi Komuniti”. Komitmen ini memberi fokus utama terhadap tiga aspek – memacu pemerkasaan ekonomi jangka panjang, kesejahteraan komuniti dan keterangkuman kewangan termasuk menyediakan belia, golongan tanpa khidmat bank, dan komuniti kurang mendapat perkhidmatan dengan kemahiran hidup penting seperti literasi digital dan kewangan.
Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo hadir di majlis itu termasuk Novan Amirudin, Ketua Pegawai Ekesekutif Kumpulan, CIMB Group dan Gurdip Singh Sidhu, Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Malaysia dan CIMB Bank Berhad, serta Mohd Herman Sarbini, Ketua Pegawai Operasi TNG Digital Sdn Bhd (“TNG Digital”).
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial