KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Jun (Bernama) -- UOB Malaysia hari ini mengumumkan kejayaan penetapan harga nota jangka sederhana Islam subordinat Tahap 2 selaras dengan keperluan Basel III bernilai RM750 juta (Sukuk Wakalah Tahap 2) pada 19 Jun 2025. Sukuk ini adalah sebahagian daripada Program Sukuk Wakalah UOB Malaysia bernilai RM5 bilion, yang ditubuhkan pada Januari 2024 di bawah prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar[1].
Disasarkan pada RM500 juta pada mulanya, tawaran Sukuk Wakalah Tahap 2 dinaikkan kepada RM750 juta berikutan permintaan kukuh daripada lebih 20 pelabur berkualiti tinggi yang terpelbagai termasuk syarikat insurans, pengurus dana, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, bank dan bank swasta.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial