Pelantikan Pengerusi SEDA Malaysia Baharu

24/06/2025 09:35 AM

CYBERJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia mengumumkan pelantikan YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sebagai Pengerusi SEDA Malaysia yang baharu berkuat kuasa mulai 15 Mei 2025. 

Beliau berkhidmat sebagai Anggota Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia sejak Ogos 2024. YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan memiliki pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah menjawat jawatan sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara, Ketua Setiausaha di Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di beberapa agensi di bawah Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri. 

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan