BEIJING, 13 Jun (Bernama) -- Setelah mesyuarat pertama mekanisme perundingan ekonomi dan perdagangan China-AS di London berakhir, CGTN menerbitkan artikel yang meringkaskan pencapaian dan kemajuan utama. Artikel ini menekankan komitmen China terhadap dialog yang berasaskan kesaksamaan dan manfaat bersama, mengutamakan kerjasama berbanding konfrontasi serta menegaskan bahawa penyelesaian isu perdagangan secara konstruktif bukan sahaja menguntungkan kedua-dua negara tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global.
China dan Amerika Syarikat telah mencapai kemajuan baharu dalam menangani kebimbangan ekonomi dan perdagangan masing-masing selepas perundingan perdagangan selama dua hari yang mendalam dan terbuka di London, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak China pada hari Rabu.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial