SAN FRANCISCO, 13 Jun (Bernama) -- Horizon3.ai, syarikat di sebalik Platform Keselamatan Berautonomi NodeZero®, hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan Siri D bernilai $100 juta yang diterajui oleh NEA, dengan penyertaan daripada SignalFire, Craft Ventures dan 9Yards Capital. Sebagai sebahagian daripada pelaburan ini, Lila Tretikov, Rakan Kongsi dan Ketua Strategi AI di NEA serta bekas Timbalan CTO Microsoft, akan menyertai Lembaga Pengarah Horizon3.ai.
"Sejak empat tahun lalu, kami telah membuktikan bahawa penggunaan kecerdasan buatan untuk menggodam syarikat bukan lagi fiksyen sains tetapi realiti, dan memberikan hasil yang boleh diukur secara besar-besaran. Kini terdapat lebih 3,000 organisasi di seluruh dunia yang menggunakan NodeZero untuk menjalankan ujian penembusan. Kami mengekalkan pertumbuhan ARR tahun ke tahun melebihi 100%, dan kami kini Rule of 40-positif, yang bermakna kami bukan sahaja berkembang, bahkan kami berkembang dengan cekap," kata Snehal Antani, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Horizon3.ai. "Peningkatan modal ini menandakan lembaran seterusnya dalam misi kami untuk menerajui kategori Keselamatan Berautonomi."
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial