29 Inisiatif RKB Pacu Lonjakan Produktiviti Pahang

21/05/2025 12:15 PM

KUANTAN, 21 Mei (Bernama) -- Usaha reformasi pentadbiran di Negeri Pahang kini diterjemahkan kepada impak yang nyata melalui pelaksanaan 29 inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang diselaraskan di bawah Program GovX Pahang 1st. Inisiatif ini bukan sahaja mempercepatkan penyampaian perkhidmatan, malah dijangka menjana peningkatan produktiviti sektor awam, memperkukuh keyakinan pelabur dan meningkatkan kepuasan rakyat.

Sesi libat urus yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri telah menekankan perlunya setiap inisiatif menyumbang kepada hasil yang boleh diukur, termasuk pengurangan masa urusan rasmi, peningkatan kadar penyelesaian aduan, dan pertumbuhan pelaburan domestik serta luar negara.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan