BOSTON, 20 Mei (Bernama) -- Duck Creek Technologies, sebuah syarikat penyedia penyelesaian pintar yang membentuk masa depan insurans harta benda dan kasualti (P&C) serta insurans am hari ini mengumumkan pelantikan Tyler Jones sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) syarikat itu. Sebagai CMO, Jones bertanggungjawab menyelia usaha pemasaran dan penjenamaan strategik Duck Creek dengan memacu syarikat berkembang ke peringkat global serta menjadi peneraju dalam bidang perisian dan perkhidmatan insurans P&C.
"Tyler merupakan seorang pakar pemasaran dan pemimpin berpengalaman yang memahami cara memberikan nilai kepada pelanggan dan ekosistem rakan kerjasama kami," kata Mike Jackowski, Ketua Pegawai Eksekutif Duck Creek Technologies. "Beliau berpengalaman luas dalam membina dan mengembangkan organisasi pemasaran bertaraf dunia bagi syarikat perisian berasaskan awan. Saya sangat teruja dapat mengalu-alukan beliau ke pasukan Duck Creek dan berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat dan meluaskan dominasi kami dalam pasaran."
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial