Situasi Semasa Berhubung Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) di Malaysia

13/05/2025 10:18 AM

PUTRAJAYA, 13 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai situasi semasa penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD) di seluruh negara sehingga Minggu Epidemiologi ke-17 tahun 2025 (ME 17/2025).

Sebanyak 99,601 kes HFMD dilaporkan berbanding 27,236 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 266 peratus. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,421 kes (10 peratus) adalah berkaitan wabak, manakala 89,180 kes (90 peratus) merupakan kes yang berlaku secara sporadik. Lima (5) negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu Selangor dengan 27,118 kes (27.2 peratus) diikuti Johor dengan 9,864 kes (9.9 peratus), Perak dengan 9,347 kes (9.4 peratus), Kelantan dengan 7,147 kes (7.2 peratus) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 6,850 kes (6.9 peratus).

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan